AM

ANWAR UCAP TAHNIAH KEPADA AZIZULHASNI RAIH EMAS PIALA DUNIA

08/03/2026 01:35 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang atas kejayaan merangkul pingat emas acara keirin pada siri Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth, Australia, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar mendoakan pelumba yang diberi julukan “The Pocket Rocketman” itu terus cemerlang dan membawa lebih banyak kejayaan buat negara pada kejohanan akan datang.

Pelumba berusia 38 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengetepikan pencabar terdekatnya dari Britain, Matthew Richardson di garisan penamat dengan catatan 9.862 saat (s), manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba tuan rumah Leigh Hoffman. 

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan