DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI, MENJEJAKI KEUNTUNGAN COMEX AS

10/03/2026 07:18 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada hari Selasa, sejajar dengan pengukuhan dalam pasaran COMEX AS.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Mac 2026 meningkat kepada US$5,200.4 setiap auns troy daripada US$5,139.10 yang disaksikan semalam, April 2026 menokok kepada US$5,219.4 setiap auns troy daripada US$5,157.60 dan Mei 2026 naik kepada US$5,238 daripada US$5.176.70 sebelum ini.

Kontrak Jun dan Ogos 2026 juga ditutup lebih tinggi pada US$5,272.5 setiap auns troy daripada US$5,210.60 sebelumnya.

Jumlah dagangan jatuh kepada sembilan lot berbanding 12 lot yang direkodkan semalam, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 86 kontrak daripada 96 kontrak.

Pada penetapan tengah hari 9 Mac 2026 London Bullion Market Assosciation, emas fizikal ditetapkan pada US$5,086.35 setiap troy auns.

-- BERNAMA

 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan