KOTA KINABALU, 12 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah terus berkurang kepada 75 orang daripada 23 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 300 orang daripada 93 keluarga pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 30 kampung di daerah Paitan masih terjejas, namun hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan.
PPS itu ialah Pusat Komuniti Batagon Darat dan PPS Surau Nur Hikmah Kampung Kaindangan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di pedalaman negeri itu akan mengalami ribut petir malam ini.
-- BERNAMA
