AM

PM ANWAR LAWAT SABAH ESOK

14/03/2026 04:04 PM

KOTA KINABALU, 14 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan ke Sabah esok.

Beliau akan memulakan lawatan dengan menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026, di Suria Sabah, Kota Kinabalu, pada 12 tengah hari.

Seterusnya pada 2.30 petang, Perdana Menteri dijangka hadir ke program Mini Konvensyen Keadilan dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Peringkat Negeri Sabah bertempat di Klagan Hotel, di sini.

Pada sebelah petang, Anwar dijadualkan meluangkan masa untuk mengadakan Sesi Tinjauan Bazar Ramadan di Bazar Ramadan, University Apartment (UA), Sepanggar pada 4.55 petang.

Beliau kemudiannya akan mengakhiri lawatan dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu pada 5.30 petang.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan