AM

CUACA PANAS: UMAT ISLAM DISERU LAKSANA SOLAT SUNAT ISTISQA’

24/03/2026 05:17 PM

PUTRAJAYA, 24 Mac (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam melaksanakan solat sunat istisqa’ memohon rahmat hujan susulan cuaca panas dan kering ketika ini.

Beliau berkata usaha berkenaan wajar dilaksanakan secara berterusan sebagai tanda keinsafan dan kebergantungan kepada Allah SWT.

“Semoga segala doa dan munajat yang dipanjatkan diterima serta dimakbulkan oleh Allah SWT serta dikurniakan hujan yang membawa keberkatan kepada seluruh alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini tahun ini termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan.

Beliau berkata dalam cuaca panas melampau ketika ini, orang ramai perlu lebih peka termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan