KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- George Kent (Malaysia) Bhd telah mengumumkan terbitan sukuk berjumlah RM80.0 juta dalam nilai nominal berdasarkan program sukuk wakalahnya.
Syarikat kejuruteraan itu melalui satu kenyataan berkata terbitan itu telah disiapkan mengikut terma program dan membentuk sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengekalkan struktur modal yang seimbang serta mampan.
“Kejayaan langkah ini mencerminkan akses berterusan syarikat kepada pasaran modal, menunjukkan keyakinan pelabur terhadap kekuatan kredit George Kent dan prospek jangka panjangnya.
“George Kent kekal fokus pada pengurusan modal berhemat dan akan terus menilai pilihan pembiayaan yang sejajar dengan objektif strategiknya termasuk meningkatkan nilai pemegang saham jangka panjang,” katanya lagi.
-- BERNAMA
