Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, seiring dengan niaga hadapan getah serantau dalam persekitaran harga minyak mentah rendah, kata peniaga.
Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 0.44 peratus kepada US$112.30 setong.
Beliau berkata sentimen pasaran dipengaruhi oleh kenaikan kos tenaga dan risiko geopolitik berterusan yang menjejaskan prospek ekonomi global.
“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh data ekonomi China yang positif dan kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah berikutan negara-negara pengeluar utama masih berada dalam musim daun pokok getah gugur,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 6.0 sen kepada 809 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 8.0 sen kepada 704.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
