AM > BERITA

Prof Osman Bakar Dilantik Rektor UIAM Ketujuh

21/09/2024 09:56 AM

PUTRAJAYA, 21 Sept (Bernama) -- Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ketujuh, untuk tempoh dua tahun mulai 23 Sept 2024 hingga 22 Sept 2026.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Osman adalah seorang tokoh pemikir Islam yang tersohor di tanah air.

Beliau juga memiliki reputasi kepimpinan dan kesarjanaan dalam bidang Falsafah dan Ketamadunan Islam yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sehingga dinamakan sebagai antara 500 orang lslam paling berpengaruh di dunia pada 2009.

"Kementerian yakin dengan pelantikan ini, Prof Emeritus Dr Osman akan dapat mengangkat dan meningkatkan kedudukan UIAM sebagai universiti tersohor dalam peradaban Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," menurut kenyataan itu di sini.

Osman, penyandang Kursi Al-Ghazali di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (1STAC), UIAM merupakan pemegang ljazah Sarjana Muda dan ljazah Sarjana dalam bidang Matematik dari University of London, United Kingdom dan ljazah Kedoktoran dalam bidang Falsafah lslam dari University of Temple, Amerika Syarikat.

KPT juga mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak atas jasa dan bakti beliau sepanjang menerajui UIAM sebelum ini.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan