AM > BERITA

JKNT Rekod 33 Episod Keracunan Makanan Setakat Ogos Lepas

21/09/2024 08:10 PM

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong berkata jumlah itu meningkat berbanding 19 episod yang dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata antara punca keracunan makanan disebabkan penyimpanan bahan mentah yang tidak selamat, tempoh penyimpanan tidak sepatutnya serta proses pengendalian makanan tidak bersih.

"Punca lain ialah makanan tidak ditutup sempurna dan masakan tidak dimasak sepenuhnya.

"Bagaimanapun, kes keracunan di Terengganu masih terkawal. JKNT akan meningkatkan pemantauan seperti di sekolah berasrama bagi memastikan peraturan dipatuhi," katanya selepas merasmikan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2024 Peringkat Negeri Terengganu di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan pengusaha makanan mendapatkan skim pensijilan bagi meningkatkan kualiti keselamatan makanan dan perkhidmatan mereka.

Beliau berkata skim pensijilan itu akan mengukuhkan lagi keyakinan masyarakat terhadap keselamatan makanan sekali gus merancakkan aktiviti perniagaan masing-masing.

"Antara skim pensijilan yang ditawarkan termasuk Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP)," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan