AM > BERITA

MyPCVE, Langkah Proaktif Bendung Aktiviti Cetus Keganasan - KP Maritim Malaysia

01/10/2024 11:14 AM

PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Pelan Tindakan Malaysia Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) yang dilancarkan semalam merupakan langkah proaktif kerajaan dalam membendung aktiviti yang boleh mencetuskan keganasan, sama ada di dalam atau luar negara.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata pelan yang akan diguna pakai dari tahun ini hingga 2028 itu akan menyokong usaha Kerajaan Perpaduan dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman di negara ini.

“Maritim Malaysia menyokong penuh usaha kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memperkenalkan MyPCVE

“Bagi Maritim Malaysia, usaha ini penting untuk memastikan kestabilan dan keamanan negara terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosli berkata walaupun Maritim Malaysia bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara, agensi itu sentiasa bersedia mengawasi sebarang ancaman keselamatan, termasuk aktiviti pelampau dan pengganas.

MyPCVE, yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berasaskan empat teras utama iaitu pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan, dan pengukuhan.

Pelan ini memberikan tumpuan holistik terhadap ancaman fahaman pelampau keganasan, termasuk pelampau politik dan perkauman, sosial, agama, serta elemen luar.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan