AM > BERITA

Jabatan Pertanian Bangun Sistem e-Lesen LRMP Tambah Baik Mutu Perkhidmatan

02/10/2024 03:36 PM

PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) -- Jabatan Pertanian membangunkan sistem e-Lesen Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) sebagai usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan dan tatakelola penuh bertanggungjawab serta berintegriti. 

Ketua Pengarah Pertanian Datuk Nor Sam Alwi berkata sistem terbabit adalah gabungan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang disediakan kepada pihak berkepentingan untuk setiap perkhidmatan pelesenan racun makhluk perosak.

“Sistem ini mempunyai beberapa elemen pendigitalan iaitu permohonan, pembaharuan, semakan status lesen, penerimaan notifikasi, bayaran dan cetakan lesen secara dalam talian,” katanya yang ditemui pada Program Jerayawara e-Lesen LRMP di sini hari ini. 

Beliau berkata pihaknya turut memperkenalkan kod respons pantas (QR) kepada LRMP untuk mengenal pasti kesahihan lesen yang diluluskan.

Nor Sam berkata maklumat yang terdapat di dalam sistem e-Lesen LRMP akan disalurkan ke papan pemuka bagi tujuan pemetaan premis yang mempunyai kelulusan daripada Jabatan Pertanian.

“Dalam hal ini, penglibatan pihak berkepentingan penting dalam membantu Jabatan Pertanian memantau aktiviti berkaitan racun makhluk perosak bagi memastikan pematuhan syarat-syarat penjualan demi menjamin kesejahteraan semua,” katanya.

Bagi memastikan sistem e-Lesen LRMP dapat digunakan secara menyeluruh, Nor Sam berkata Jabatan Pertanian melalui Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja telah mengadakan beberapa sesi jerayawara di setiap zon bagi memastikan pihak berkepentingan dapat menggunakan sistem terbabit dengan lebih berkesan. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan