AM > BERITA

JPJ Keluar 122,658 Tag RFID Vep Setakat 30 Sept

03/10/2024 05:56 PM

JOHOR BAHRU, 3 Okt (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 112,658 tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Masuk Kenderaan (VEP) kepada kenderaan bernombor pendaftaran Singapura setakat 30 Sept, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 75,412 tag RFID VEP sudah aktif digunakan sejak bermula pelaksanaan VEP di pintu sempadan darat Malaysia-Singapura pada 1 Okt manakala 37,246 tag lagi masih belum diaktifkan.

“Jumlah ini juga dikira sebagai permohonan VEP yang telah kami terima setakat ini,” katanya dalam sidang media ketika hadir meninjau pelaksanaan penguatkuasaan VEP di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini.

Beliau berkata JPJ juga melaksanakan penguatkuasaan secara berfasa dengan mengeluarkan notis peringatan kepada pemilik atau pemandu kenderaan republik itu yang belum membuat pendaftaran VEP sejak Selasa lepas. 

Penguatkuasaan dilaksanakan di laluan keluar Malaysia-Singapura dengan memeriksa kenderaan Singapura secara rawak yang dikesan tidak mendaftar VEP di BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan