AM > BERITA

Tenaga Hijau, Pelaburan Industri Pendigitalan Antara Dibincang Anwar Dengan JBIC

22/10/2024 06:44 PM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pembangunan tenaga hijau, tenaga boleh baharu dan pasaran tenaga, pembinaan pusat-pusat data serta pelaburan dalam industri pendigitalan antara dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan delegasi Japan Bank for International Cooperation (JBIC) hari ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan beliau menerima kunjungan hormat delegasi JBIC yang diketuai Pengerusi JBIC merangkap Penasihat Khas kepada kerajaan Jepun Tadashi Maeda di Bangunan Parlimen.

“JBIC telah menyatakan komitmen mereka terhadap usaha meningkatkan pelaburan sedia ada dengan menarik lebih ramai pelabur dari Jepun ke Malaysia. JBIC juga sedang giat mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat tempatan daripada pelbagai industri.

“Saya tekankan kepentingan memperkukuh persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Jepun untuk terus meneroka lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi bagi memastikan kerjasama pelaburan, khususnya dalam sektor tenaga ini direalisasikan demi kepentingan rakyat,” menurut hantaran itu. 

Turut hadir pada pertemuan berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Dasar Tan Sri Mohd Hassan Marican.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan