AM > BERITA

Banjir: Jumlah Mangsa Di Perak Kekal, Selangor Berkurang

23/10/2024 09:30 AM

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Perak kekal dengan 286 orang daripada 78 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Menurut laporan terkini kejadian bencana dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA) setakat 6 pagi, sebanyak 216 mangsa daripada 59 keluarga dipindahkan di daerah Hilir Perak, Kerian (36 mangsa, 11 keluarga) dan Perak Tengah (34 mangsa, lapan keluarga).

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 25 orang daripada lapan keluarga pagi ini dan  ditempatkan di dua PPS di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam berbanding 61 orang daripada 19 keluarga, malam tadi.

Sementara itu, dua PPS di Betong dan Kuching di Sarawak dibuka bagi menempatkan 60 mangsa daripada 16 keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan