AM > BERITA

PPS Dibuka, Tempatkan 200 Mangsa Kebakaran Di Tawau

27/10/2024 10:02 PM

TAWAU, 27 Okt (Bernama) -- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Batu 8 di sini malam ini bagi menempatkan kira-kira 200 mangsa selepas 38 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Jati, Batu 5, Jalan Apas, di sini tengah malam tadi.

Anggota Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Hamild Awang berkata PPS itu diaktifkan bagi menempatkan mangsa daripada 48 keluarga terjejas akibat kejadian berkenaan.

Beliau berkata mangsa yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat ini terdiri daripada 100 lelaki termasuk sembilan bayi lelaki manakala 100 lagi merupakan mangsa wanita.

"Terdapat 178 mangsa warganegara manakala 22 mangsa lagi bukan warganegara," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.55 tengah malam tadi dan 38 rumah musnah terbakar serta seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun ditemukan rentung di dalam rumah.

Katanya pihak bomba turut berjaya menyelamatkan kira-kira 68 rumah berhampiran sebelum operasi ditamatkan pada pukul 5.59 pagi tadi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan