AM > BERITA

Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Di KL, Lapan Negeri - MetMalaysia

04/11/2024 10:31 AM

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di ibu negara dan lapan negeri hingga tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 8.30 pagi ini, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Keadaan sama turut dijangka melanda Pahang (Kuantan dan Pekan), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) serta Melaka (Melaka Tengah dan Jasin).

Di Johor pula membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, ramalan cuaca itu mungkin berlaku di Kudat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan