KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kempen Shopee 11.11 Jualan Hebat pada Isnin lepas merekodkan penjualan lebih 2.5 juta produk dalam tempoh dua jam pertama iaitu peningkatan enam kali ganda berbanding hari biasa buat peniaga Shopee Live tempatan di platform e-dagang itu.
Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia Tan Ming Kit berkata kempen berkenaan juga menyaksikan peniaga tempatan yang pertama kali menyertai 11.11 berjaya meningkatkan jualan sebanyak 22 kali ganda berbanding hari biasa.
"Ini mengukuhkan dedikasi Shopee dalam menyokong perniagaan tempatan dengan membantu mereka mengakses pasaran digital untuk meluaskan jangkauan dan mencapai pertumbuhan mampan. Shopee tetap komited untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan membentuk masa depan e-dagang di Malaysia.
“Dengan memanfaatkan maklumat berpacukan data dan teknologi inovatif, Shopee mahu terus meningkatkan pengalaman membeli-belah serta mencipta lebih banyak peluang untuk penjual, jenama dan pembeli,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Shopee hari ini.
Sepanjang kempen itu, pengguna juga telah memaksimumkan penjimatan apabila menebus 38 juta baucar bagi menikmati tawaran hebat dan penghantaran percuma melalui promosi Shopee Live, promosi seluruh platform serta promosi eksklusif kedai penjual.
“Pada kempen itu sebanyak 29 juta syiling Shopee ditebus pengguna di Shopee Live. Mereka juga menonton penstriman penjual serta jenama kegemaran antaranya Clashe, Dazzle Me, ELGINI Apparel, Gun Pet Outlet dan Indah Pesona Concept Store untuk mengajukan soalan, meminta cadangan produk dan mendapatkan pandangan pakar,” menurut kenyataan itu.
Menurut Shopee, kategori paling popular semasa kempen itu adalah kesihatan dan kecantikan, rumah dan gaya hidup selain barangan runcit dan haiwan peliharaan, dengan Lembah Klang terus menjadi pasaran utama platform e-dagang itu.
“Bandar utama di luar Lembah Klang yang turut menyaksikan pertumbuhan ketara termasuk Johor Bahru, Kinta, Seremban, Kuantan, dan Melaka Tengah,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial