AM > BERITA

Anwar, Macron Adakan Pertemuan Dua Hala Di G20

19/11/2024 02:14 AM

Daripada M. Saraswathi

RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, di luar sesi Sidang Kemuncak G20 di sini.

“Dalam pertemuan ini, kami menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

“Pertemuan tersebut merangkumi pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, pelancongan, pertahanan, serta kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI),” kata beliau kepada pemberita Malaysia di sini, pada Isnin.

Anwar dan Macron turut membincangkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, serta mengucapkan penghargaan kepada Presiden Macron atas sokongan beliau melalui Kerjasama Pembangunan ASEAN-Perancis.

Selain itu, kedua-dua pemimpin itu juga sempat membincangkan isu genosid yang berlaku di Palestin, yang memerlukan gencatan senjata segera serta kerjasama daripada semua pihak untuk menamatkan penderitaan rakyat di sana.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan