AM > BERITA

Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Tiga Negeri Hingga 23 Nov

19/11/2024 02:49 PM

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 Nov ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan hari ini memaklumkan lokaliti terlibat di Pahang merangkumi Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor, meliputi Segamat, Kluang, Mersing serta Kota Tinggi.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap waspada di dua negeri iaitu Kelantan dan Pahang berkuat kuasa sehingga 23 Nov ini.

Kawasan yang tersenarai di Kelantan merangkumi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh manakala di Pahang, meliputi kawasan Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera.

“Amaran Hujan Berterusan tahap waspada turut berkuat kuasa sehingga 20 November 2024 melibatkan kawasan-kawasan seperti Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru),” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. 

“Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya menerusi kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan