AM > BERITA

Kes Video Fitnah Perdana Menteri, PDRM Terima 11 Laporan - KPN

20/11/2024 09:48 PM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Polis menerima 11 laporan berhubung satu video tular seorang individu didakwa memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan temu ramah Perdana Menteri dengan CNN.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini, sebanyak 12 saksi telah dirakam keterangan mengenai kes terbabit. 

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

“Siasatan akan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi. 

Semalam, sebuah gabungan 20 badan bukan kerajaan (NGO), iaitu Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) telah membuat laporan polis berhubung satu video tular didakwa memfitnah Anwar berkaitan temu ramah Perdana Menteri dengan CNN.

Jurucakap gabungan itu Shahbudin Embun berkata video yang dimuat naik oleh seorang individu menggunakan akaun "Papa Berry Studio" di platform YouTube itu bertujuan menghasut orang ramai untuk menimbulkan kemarahan rakyat terutamanya orang Islam di Malaysia.

-- BERNAMA 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan