AM > BERITA

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Lawat Petronas

22/11/2024 06:41 PM

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini. 

Delegasi yang diketuai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam disambut oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz

Beliau tiba di bangunan berkenaan pada 3.15 petang dan kemudian menghadiri sesi taklimat korporat  bertujuan untuk memberi pengenalan tentang syarikat itu serta operasi yang dijalankan. 

Dalam masa yang sama, Lam turut mengambil peluang mengunjungi jejantas udara (sky bridge) dan dek tinjauan (observatry deck) yang menjadi tarikan pelancong di menara itu. 

Semalam, Lam bersama Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) antara Petronas dan PETROVIETNAM dalam bidang tenaga boleh diperbaharui.

Beliau bersama delegasinya tiba di sini semalam untuk lawatan kerja selama tiga hari. 

Ini merupakan lawatan pertama Lam ke Malaysia sejak dilantik sebagai Ketua Parti Komunis Vietnam pada Ogos tahun ini.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan