AM > BERITA

Pelajar Ditemukan Lemas Selepas Tergelincir Ke Dalam Tali Air Di Kota Bharu

22/11/2024 09:41 PM

KOTA BHARU, 22 Nov (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua sebuah sekolah di sini ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air semasa mandi bersama dua lagi rakannya di Kampung Padang Enggang, hari ini.

Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim Ramli Abdullah berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang tadi dan tiba di lokasi pencarian enam minit kemudian.

Beliau berkata bomba mengerahkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa dan Kota Darulnaim, serta empat anggota Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) bagi mengesan mangsa.

“Operasi melibatkan pasukan PPDA yang memulakan pencarian di permukaan air menemukan mangsa di dasar tali air pada 6.30 petang tadi,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Ramli berkata beliau difahamkan mangsa tergelincir kerana kawasan tebing tali air dipenuhi lumpur ekoran hujan, manakala mangsa tidak pandai berenang dan kejadian berlaku ketika hujan renyai.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan