AM > BERITA

13 Murid Alami Keracunan Makanan

28/11/2024 09:21 PM

ISKANDAR PUTERI, 28 Nov (Bernama) -- Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar keracunan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tahun enam dan kesemuanya telah menerima rawatan di klinik dan hospital kerajaan serta swasta.

“Mereka tidak mengalami gejala yang teruk, tiada yang dimasukkan ke dalam wad. Masing-masing pulang selepas mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Beliau berkata pegawai kesihatan daerah sudah melakukan pemeriksaan di kantin berkenaan pagi tadi dan sampel makanan sudah diambil serta dihantar ke makmal untuk ujian. 

“Pejabat kesihatan daerah sudah mengarahkan kantin tersebut ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan selama dua minggu," katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan