AM > BERITA

Empat PPS Mula Dibuka Di Kelantan, Babitkan 43 Mangsa

29/12/2024 05:41 PM

KOTA BHARU, 29 Dis (Bernama) -- Empat pusat pemindahan sementara (PPS) mula dibuka di Tanah Merah petang ini melibatkan 43 mangsa banjir daripada 14 keluarga.

Berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 13 orang daripada enam keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang manakala 13 orang lagi daripada tiga keluarga berlindung di SK Kelewek.

Selain itu, 17 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Mohamad Yaakob dan 28 mangsa daripada lapan keluarga di SK Gual Jedok.

Sementara itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my paras Sungai Golok di Kampung Jenob Tanah Merah berada pada paras amaran iaitu 23.32 meter.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini melaporkan hujan lebat berterusan dijangka melanda seluruh Terengganu hingga esok selain di Kuantan, Pahang serta beberapa daerah di Kelantan seperti Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, dan Gua Musang, serta di Jerantut, Maran, Pekan, dan Rompin di Pahang dan Mersing di Johor.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan