AM > BERITA

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Kelantan Dan Terengganu Hingga Esok

29/12/2024 08:59 PM

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan kemas kini amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga esok.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 6 petang tadi memaklumkan beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Bagi hujan berterusan tahap buruk pula amaran juga dikeluarkan di beberapa kawasan lain di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang manakala di Terengganu melibatkan Kuala Terengganu dan Marang.

Amaran sama turut dikeluarkan di Kuantan, Pahang.

Pada masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang meliputi Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin serta Mersing di Johor.

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Sabah melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Sandakan) dan Kudat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan