AM > BERITA

RM3.32 Juta Kompaun Berkaitan Denggi Dikeluarkan Di Johor

31/12/2024 03:49 PM

JOHOR BAHRU, 31 Dis (Bernama) -- Sebanyak 6,642 kompaun bernilai lebih RM3.32 juta dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sepanjang tahun ini hasil tindakan penguatkuasaan bagi pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata daripada jumlah itu hanya 65 peratus telah membayar kompaun berkenaan. 

"Kumulatif kes denggi pada Minggu Epid ke 52/2024 ialah 13,190 kes dengan peningkatan 22.2 peratus kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 10,794 kes.

"Setakat ini sebanyak 20 kes kematian telah dilaporkan berbanding 22 kematian sepanjang tempoh sama, tahun lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjalankan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar premis mereka.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan