AM > BERITA

Perlis Umum Cuti Peristiwa Esok Sempena Tahun Baharu

31/12/2024 05:59 PM

KANGAR, 31 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri Perlis hari ini mengisytiharkan esok, 1 Januari, sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Tahun Baharu 2025 dan tarikh 1 Rejab yang penuh keberkatan.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

“Pemberian cuti peristiwa ini adalah satu bentuk penghargaan kepada seluruh penjawat awam dan rakyat negeri ini yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2025 peringkat Negeri Perlis yang diadakan pada malam ini, 31 Disember 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut berharap pengumuman cuti itu dapat menggalakkan lebih ramai penduduk menghadiri karnival tersebut yang dijangka meriah dengan pelbagai program menarik.

Menurut beliau, pengisytiharan cuti itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan