AM > BERITA

Terengganu Catat 7.8 Juta Kedatangan Pelancong, Atasi Sasaran 4.5 Juta

31/12/2024 08:47 PM

KUALA TERENGGANU, 31 Dis (Bernama) -- Terengganu mencatatkan kedatangan seramai 7.8 juta pelancong sepanjang tahun ini, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan sebanyak 4.5 juta orang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim Negeri Datuk Razali Idris menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti perkembangan positif sektor pelancongan negeri.

Beliau berkata jumlah tersebut menunjukkan peningkatan ketara berbanding 3.5 juta pelancong yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

"Berdasarkan data daripada Lembaga Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), jumlah kenderaan yang keluar masuk ke Terengganu turut meningkat sebanyak 6.3 peratus berbanding tahun 2023. Selain itu, kehadiran penumpang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud juga mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Beautiful Terengganu Malaysia 2025 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Razali menegaskan kerajaan negeri akan memberi fokus kepada usaha menarik pelaburan untuk membangunkan hotel bertaraf lima bintang sebagai langkah strategik bagi merancakkan lagi sektor pelancongan pada tahun hadapan.

"Usaha ini selari dengan Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu 2024-2030 yang dijadualkan untuk dilancarkan tahun depan," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan