AM > BERITA

Platform Carian Nombor Pengenalan Cukai Boleh Diakses Bermula Hari Ini

01/01/2025 11:28 AM

PUTRAJAYA, 1 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyediakan perkhidmatan carian Nombor Pengenalan Cukai (TIN) bagi tujuan yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 yang merangkumi aktiviti percukaian termasuk pelaksanaan e-invois.

Dalam kenyataan hari ini LHDN memaklumkan ia adalah selaras dengan pengumuman oleh kerajaan melalui Belanjawan 2025.

Menurut LHDN platform carian TIN tersebut boleh diakses mulai hari ini melalui Portal MyTax di https:l/mytax.hasil.gov.my dan klik menu carian TIN.

“Pembayar cukai boleh membuat carian TIN dengan memasukkan maklumat mengikut kategori bagi individu iaitu nombor kad pengenalan atau nombor pasport.

“Bagi kategori selain individu pula, Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) atau nama pembayar cukai yang didaftarkan di LHDN bagi yang tidak mempunyai BRN,” menurut kenyataan itu.

Bagi memudahkan pelaksanaan e-invois, LHDN memaklumkan fungsi carian TIN itu juga disediakan melalui mekanisme antaranya portal Mylnvois dan Application Programming Interface (API) Mylnvois.

Maklumat lanjut berhubung penetapan fungsi carian TIN melalui API boleh didapati melalui Software Development Kit (SDK) Mylnvois.

LHDN memaklumkan bagi menyokong penggunaan MyDigital ID, akses carian TIN juga disediakan di portal MyTax dengan menggunakan pengesahan identiti MyDigital ID.

Fungsi itu hanya boleh digunakan oleh warganegara Malaysia sahaja.

Platform carian TIN melalui portal MyTax atau Myinvois pula hanya akan memaparkan satu TIN yang sepadan berdasarkan maklumat carian yang dimasukkan.

“LHDN juga menasihati pembayar cukai agar menggunakan fungsi carian TIN bagi tujuan yang diperuntukkan di bawah ACP 1967 sahaja.

“Mana-mana orang yang didapati melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 66A, ACP 1967,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan