KOTA BHARU, 11 Jan (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan menambah baik tahap kebersihan persekitaran dan kawasan pelancongan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Kamaruddin Md Nor berkata banyak perkara yang perlu dilakukan terutama membabitkan soal kebersihan dan sikap masyarakat yang perlu berubah untuk memastikan kawasan berkenaan sentiasa bersih.
"Ada sesetengah masyarakat hanya menyerahkan tanggungjawab menjaga kebersihan kepada pihak berwajib dan menganggap itu adalah tugas mereka.
"Selain itu, kita juga yakin masyarakat di sini masih belum faham standard kebersihan sebenar terutama melibatkan tandas awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelantan 'Lion Kid Warrior Challenge' sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri sebenarnya sudah bekerja keras bagi meningkatkan tahap kebersihan terutama di kawasan tumpuan pelancong namun isu itu masih lagi timbul.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial