AM > BERITA

Kerja Baiki Jalan Di Negeri Terjejas Banjir Mula Seawal Bulan Ini

15/01/2025 02:34 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kerja-kerja pembaikan jalan rosak akibat banjir ekoran Monsun Timur Laut (MTL) di beberapa negeri terjejas akan bermula seawal bulan ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerja-kerja itu akan diutamakan terhadap negeri yang terjejas teruk seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan sedikit kawasan di Pahang.

“(Baik pulih akan) bermula Januari dan Februari nanti terutamanya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan sebahagian di Pahang,” katanya kepada pemberita pada majlis penutup Program Jelajah 2024 JKR BIM: Trail Training Lectures Zon Tengah di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa kos keseluruhan pembaikan itu dianggarkan mencecah RM101.57 juta.

Beliau berkata ia melibatkan kos membaiki jalan di negeri-negeri di Semenanjung berjumlah RM45.37 juta meliputi pembaikan berkala pavement (jalan berturap), berkala bukan pavement, jambatan dan lampu isyarat serta lampu jalan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan