Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 16 Jan (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu pemain industri dan pelabur institusi pada hari ketiga lawatan kerja beliau ke United Kingdom (UK).
Anwar mengadakan mesyuarat meja bulat dengan beberapa syarikat berpangkalan di UK yang terlibat dalam pelbagai bidang seperti pengurusan kekayaan, pelaburan dan dana kekayaan berdaulat.
Antara syarikat pada sesi yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Novan Amiruddin ialah Colchester Global Investors, Abrdn Plc, Manulife Investment Mgmt Europe Ltd, Amundi Asset Management, KPM Asset Management, Wellington Management, Redwheel Partners Limited dan Schroders Investment Management.
Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Turut hadir Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial