KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Nanta menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan pihak berkuasa akan cuba membuat laluan alternatif secepat mungkin setelah melakukan beberapa penilaian terhadap keadaan tanah runtuh itu.
Bagaimanapun, beliau berkata lencongan telah dilakukan dan kerja-kerja membaik pulih bakal dijalankan bagi memastikan jalan berkenaan selamat digunakan.
Menurut Nanta pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga turut bertindak melakukan pemantauan di kawasan runtuhan.
“Saya menasihatkan penduduk di kawasan sekitar supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan berkenaan buat masa ini yang hanya boleh dilalui satu kenderaan sahaja dalam satu masa. Patuhi semua arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama,” katanya.
Beliau berharap kerja-kerja membaiki jalan yang rosak itu dapat dilakukan segera bagi memudahkan urusan penduduk membuat sebarang urusan di bandar Bintulu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial