AM > BERITA

Pastikan Suis Kelengkapan Elektrik Dimatikan Sebelum Tinggalkan Rumah - Suruhanjaya Tenaga

28/01/2025 05:10 PM

PUTRAJAYA, 28 Jan (Bernama) -- Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina dinasihatkan agar memastikan suis kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan serta mengelak daripada menggantung perhiasan perayaan pada tiang elektrik.

Itu antara tip keselamatan penggunaan elektrik dan gas pada musim perayaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga (ST) menerusi satu kenyataan sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok.

“Selain daripada itu, sila pastikan wayar kelengkapan elektrik tidak koyak atau terdedah,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu memaklumkan orang ramai juga perlu memastikan injap silinder gas ditutup sebelum meninggalkan kediaman masing-masing.

“Pastikan dapur gas memasak anda selamat dengan hanya menggunakan perkakas dapur gas yang mempunyai label keselamatan ST-SIRIM,” menurut ST.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan