SHAH ALAM, 28 Jan (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat berketurunan Cina di Malaysia yang meraikannya.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Selangor bertitah keunikan negara ini adalah keharmonian masyarakat berbilang bangsa yang hidup bersama serta berkongsi banyak perkara terutamanya budaya.
“Disebabkan itu, dalam konteks perayaan, semua bangsa akan bersama-sama memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina sama seperti ketika perayaan Aidilfitri, Krismas mahupun Deepavali,” titah baginda menerusi hantaran itu.
Baginda berharap budaya perkongsian dan muafakat terus diamalkan dan bukan sekadar ketika perayaan sahaja.
“Malah setiap amalan dan kehidupan seharian perlulah dikongsi bersama agar keamanan dan kestabilan negara terus kukuh dan harmoni selamanya,” titah baginda.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial