KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian Malaysia terhadap Palestin tidak berubah susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza.
“Kita sedang teliti kenyataan (Trump). Pendirian kita tidak berubah sepertimana pendirian negara-negara Islam yang lain, kita akan ulas kemudian,” kata Anwar ringkas kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas melancarkan dua jilid buku berjudul A Malik Bennabi Reader serta penubuhan International Institute of Futures Studies di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.
Media antarabangsa melaporkan Trump pada Selasa berikrar bahawa AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza yang musnah akibat peperangan selepas penduduk Palestin dipindahkan ke negara lain, dengan rancangan untuk membangunkannya secara ekonomi.
Langkah itu akan mengubah dasar AS terhadap konflik Israel-Palestin selama beberapa dekad.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial