AM > BERITA

Bekas Pengawal Keselamatan Hilang Selepas Ke Gua Beringin

24/02/2025 12:59 PM

KANGAR, 24 Feb (Bernama) -- Seorang bekas pengawal keselamatan dilaporkan hilang selepas masuk ke Gua Beringin berhampiran rumahnya di Kampung Gua Beringin, Pokok Sena, Chuping di Padang Besar, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata polis menerima laporan kehilangan Kamardin Pin, 61, daripada isterinya pada 1.56 tengah hari semalam, apabila lelaki itu tidak pulang ke rumah beberapa jam selepas ke gua berkenaan.

"Isterinya memberitahu Kamardin keluar (rumah) sekitar 8 pagi dan berjalan kaki ke gua yang terletak kira-kira 100 meter dari belakang rumah mereka dengan membawa tali serta parang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Shokri berkata lelaki itu melakukan kerja-kerja kampung selepas berhenti sebagai pengawal keselamatan di sekolah memandu di Arau dan menghidap penyakit jantung serta darah tinggi

Usaha mencari dan menyelamat Kamardin dilakukan pihak berkuasa dengan bantuan penduduk setempat di sekitar lokasi kejadian.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan