AM > BERITA

KPDN Labuan Tahan Pemandu Lori Disyaki Cuba Seleweng Diesel

26/02/2025 05:25 PM

LABUAN, 26 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan seorang lelaki tempatan dan merampas lebih 400 liter diesel dalam operasi di sebuah stesen minyak di sini pada Isnin.

Pengarah KPDN Labuan Junaidah Arbain berkata dalam serbuan 1.30 tengah hari menerusi penugasan Ops Tiris 3.0 Kita Gempur itu, pemandu lori berusia 51 tahun berkenaan didapati sedang mengisi diesel ke dalam tangki simpanan tambahan yang dipasang pada lori miliknya.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu itu telah menyimpan diesel berlebihan di dalam tangki besi tanpa permit sah atau kelulusan bertulis KPDN,” katanya kepada Bernama hari ini.

Junaidah berkata nilai keseluruhan rampasan barang kes dianggarkan berjumlah RM130,933.81 dan lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan.

“KPDN tegas membanteras salah urus bahan api dan penyimpanan haram, serta menggesa orang ramai untuk mematuhi peraturan bagi mengelakkan tindakan undang-undang,” katanya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan