BERITA TERGEMPAR   Hud Aryan's body found stuck at a tree near the river bank in Tanah Merah this afternoon - Fire and Rescue Department | 
 AM > BERITA

Agong Tiba Di Brunei Sempena Lawatan Khas

26/02/2025 05:46 PM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas ke negara jiran itu hari ini.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut mesra Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda tiba di Bandar Seri Begawan pada 2.25 petang.

“Lawatan khas ini mencerminkan hubungan erat serta mesra antara Institusi Diraja Malaysia dan Brunei, yang telah terjalin sejak lebih 40 tahun lalu.

“Keakraban ini terus diperkukuh melalui kunjungan Seri Paduka Baginda yang melambangkan persahabatan dan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan