AM > BERITA

PM Anwar Beri Sumbangan Kepada Nelayan Di Kampung Cherating Baru

03/03/2025 02:17 PM

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang nelayan di Kampung Cherating Baru, Kuantan, yang tetap tabah menyara keluarga walaupun meraih pendapatan tidak menentu sekitar RM1,300 sebulan.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Mustafa Muda, di kediaman nelayan itu di Pahang baru-baru ini.

Ahmad Farhan menerusi hantaran Facebook beliau hari ini berkata kerja-kerja baik pulih rumah Mustafa akan segera dilaksanakan, agar keluarganya dapat tinggal dengan lebih selesa dan selamat.

Beliau berkata rumah yang didiami Mustafa dan keluarga semakin uzur dengan keadaan dinding mereput, atap bocor dan lantai yang uzur. 

“Saya juga menyampaikan sumbangan wang tunai daripada Perdana Menteri sebagai tanda sokongan kepada keluarga ini. Mereka tidak meminta kemewahan, hanya sebuah tempat berteduh yang lebih nyaman.

“Semoga bantuan ini menjadi langkah awal ke arah kehidupan yang lebih sejahtera buat mereka sekeluarga,” kata Ahmad Farhan dalam hantaran Facebook hari ini, yang turut dikongsikan Anwar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan