AM > BERITA

Unit CSR Bantu JKR Labuan Lebih Aktif Menyumbang Kepada Komuniti

05/03/2025 11:51 AM

LABUAN, 5 Mac (Bernama) -- Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan melangkau tugasan rutin mereka dengan menyumbang secara lebih aktif kepada masyarakat melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pengarah JKR Labuan Mohd Faizul Ali Hanapiah berkata mereka menubuhkan unit CSR dalam jabatan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif berasaskan komuniti.

Antara insiatif itu ialah kerja pembaikan kecil jalan, pembersihan masjid dan tanah perkuburan serta memberi sokongan lojistik, bertujuan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Unit CSR itu, lanjutan perkhidmatan kepada rakyat selain bagi memastikan kami dapat menyumbang kepada masyarakat melebihi mandat (tanggungjawab) utama kami. 

“Walaupun tugas utama kami adalah untuk memastikan penyelenggaraan infrastruktur awam, namun kami juga mengiktiraf kepentingan memberi kembali kepada masyarakat.

“Kami berasa bertanggungjawab untuk menyumbang mengikut kemampuan kerana kami mempunyai kepakaran untuk melaksanakan tugas tersebut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya cuba membantu sebaik mungkin, kerana tidak semua permintaan bagi khidmat CSR dapat dipenuhi.

Mohd Faizul berkata jumlah tenaga kerja dan sumber turut memainkan peranan penting dalam menentukan kebolehlaksanaan sesuatu projek CSRt. 

“Walaupun ada kekangan, kami tetap komited menyokong komuniti pada setiap masa yang boleh bagi memperkukuh peranan bukan sekadar sebagai penyedia infrastruktur, tetapi juga sebagai pihak sivik yang bertanggungjawab di Labuan,” katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan