AM > BERITA

Teo Nie Ching Mulakan Lawatan Kerja Dua Hari Ke Sepanyol Bersempena MWC2025

05/03/2025 03:03 PM

Daripada Zairina Zainudin

BARCELONA, 5 Mac (Bernama) -- Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching mengetuai delegasi Malaysia bagi lawatan kerja selama dua hari ke Barcelona, ​​Sepanyol, sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2025 yang berlangsung dari 3 hingga 6 Mac.

Teo yang mewakili Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memulakan lawatannya hari ini dengan mesyuarat dua hala bersama hos MWC, Global System for Mobile Communications Association (GSMA).

Beliau juga dijadual menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman melibatkan lapan syarikat Malaysia serta menghadiri majlis iftar bersama diaspora Malaysia di Sepanyol kemudiannya.

Teo juga akan melawat Pavilion Malaysia di Dewan 7, Stand 7H51 di MWC 2025 yang mempamerkan kecanggihan teknologi negara serta peranannya dalam memacu kemajuan melalui penggunaan 5G, infrastruktur digital dan inovasi kolaboratif di rantau ASEAN.

Pavilion itu juga menampilkan MCMC Nexus, alat analitik yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi rangkaian dan perancangan bandar serta pelbagai penyelesaian digital yang digunakan dalam sektor seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, pembuatan dan bandar pintar.

Antara peneraju industri Malaysia yang menyertai MWC kali ini ialah Digital Nasional Bhd, CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd, YTL Corporation Bhd dan Edotco Group Sdn Bhd.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan