AM > BERITA

Polis Siasat Punca Kematian Pegawai Kastam - Saifuddin Nasution

05/03/2025 10:31 PM

PUTRAJAYA, 5 Mac (Bernama) -- Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian kes seorang pegawai kastam yang ditemukan maut di Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di sini pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan juga menjurus kepada mengenal pasti punca kematian individu berkenaan.

"Adalah terlalu awal untuk kita membuat sebarang komen (berkenaan kes itu), memadai dengan kita menyerahkan untuk pasukan polis memulakan siasatan terhadap insiden ini," katanya kepada media selepas menghadiri  Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama warga Kementerian Dalam Negeri, di sini hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan seorang pegawai kastam berusia 45 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terikat menggunakan pengikat kabel.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan berkata pihaknya mendapati lelaki berusia 45 ditemukan dalam keadaan terbaring di lantai pejabat.

Beliau berkata mangsa ditemukan dengan  keadaan Ieher dan kaki terjerut menggunakan pengikat kabel.

"Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah dijumpai di tempat kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan