MELAKA, 7 Mac (Bernama) -- Situasi banjir di Jasin semakin pulih apabila jumlah mangsa terjejas menurun kepada 180 orang daripada 50 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 330 orang daripada 93 keluarga 8 pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata banjir di Melaka Tengah pula pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) di situ ditutup secara berperingkat sejak pagi tadi hingga 3.15 petang ini.
“Kesemua mangsa terjejas banjir di Jasin terdiri daripada penduduk Kampung Kilang Berapi Utara, Kampung Kilang Berapi Barat, Kampung Merlimau Pasir dan Batu Gajah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebanyak 84 orang daripada 22 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, SMK Dato' Abdul Rahman menempatkan 89 orang daripada 25 keluarga manakala tujuh orang daripada tiga keluarga berlindung di PPS SK Parit Penghulu.
Banjir di Jasin dan Melaka Tengah berlaku ekoran hujan lebat berterusan lebih satu jam bermula 11 malam pada Rabu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial