AM > BERITA

Banjir Di Melaka Hampir Pulih

08/03/2025 08:57 AM

MELAKA, 8 Mac (Bernama) -- Banjir yang melanda Melaka sejak Khamis kini hampir pulih, dengan hanya sembilan mangsa daripada tiga keluarga masih berada di pusat pemindahan setakat 8 pagi ini, berbanding 32 orang daripada 11 keluarga pada 8 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemua mangsa kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin.

"Satu lagi PPS, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub, Merlimau, yang menempatkan 25 orang daripada lapan keluarga, telah ditutup pada 10.40 malam tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan dua daerah di negeri itu, Melaka Tengah dan Jasin, dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak pukul 11 malam Rabu, menyebabkan kira-kira 37 kawasan dinaiki air.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan