SHAH ALAM, 11 Mac (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama 600 warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di UiTM Shah Alam di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin pada 6.30 petang disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin.
Tengku Permaisuri Selangor yang juga Pro-Canselor UiTM kemudian berkenan menyampaikan sumbangan kepada 26 pelajar asnaf miskin serta Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk empat petugas OKU.
Sumbangan keseluruhan yang berjumlah RM6,000 itu diperuntukkan melalui Dana Zakat UiTM dan Dana Sedekah UiTM dengan penerima menerima RM200 setiap seorang.
Baginda berdua kemudian berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib, isyak dan solat sunat tarawih bersama bersama warga UiTM.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial