LABUAN, 14 Mac (Bernama) -- Pengendali pelabuhan utama Labuan Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) buat julung kali menganjurkan majlis iftar yang menghimpunkan para pegawai kanan kerajaan, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Sukuran Taib.
Pengarah Urusannya Datuk Seri Patrick Tiong berkata majlis yang diadakan itu bertujuan memperkukuh kerjasama antara MPM dan agensi kerajaan sambil meraikan Ramadan.
Majlis yang dihadiri oleh pegawai kanan kerajaan dan pemimpin industri itu, memperlihatkan komitmen MPM untuk mengukuhkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu pembangunan sektor maritim Labuan.
“Kepimpinan MPM merakamkan penghargaan atas sokongan agensi kerajaan dalam membantu melancarkan operasi pelabuhan dan perkhidmatan,” katanya pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini malam tadi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial