AM > BERITA

Program Gema Ramadan: Bernas Sumbang Keperluan Asas Kepada Golongan Miskin Bandar

14/03/2025 05:43 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menyantuni dan menyumbangkan barangan keperluan asas kepada golongan miskin bandar menerusi Program Gema Ramadan dalam usaha mencetus impak sosial yang lebih menyeluruh.

Bernas menerusi kenyataan memaklumkan, barangan berbentuk beras dan gula serta bubur lambuk itu disampaikan kepada lebih 1,000 penduduk, terutamanya ibu tunggal, anak yatim dan golongan asnaf di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Bernas Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pemerkasaan taraf hidup komuniti sentiasa menjadi keutamaan Bernas.

“Kami bukan sahaja memberikan sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah, tetapi juga kepada golongan miskin bandar yang tergolong di bawah kategori B40,” katanya.

Menurut Bernas, komitmen syarikat terhadap pembangunan komuniti tidak hanya terhad kepada Program Gema Ramadan, tetapi turut merangkumi inisiatif seperti Program Makanan Kesihatan (PROMAK) yang dilancarkan pada Jan 2022.

PROMAK ialah program makan tengah hari kepada pelajar sekolah rendah secara percuma sepanjang tempoh persekolahan yang memberi manfaat kepada lebih 20,000 pelajar di 97 sekolah di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan