AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Beaufort Terus Menurun

14/03/2025 05:54 PM

KOTA KINABALU, 14 Mac (Bernama) -- Mangsa banjir di Beaufort terus menurun kepada 308 orang daripada 99 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 407 orang daripada 129 keluarga pada 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi, iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

“Banjir di 10 kampung terjejas di Beaufort semakin pulih dengan jumlah mangsa semakin berkurangan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan