Pengerusi Ketengah Datuk Seri Ahmad Said berkata sumbangan di bawah Program Ikatan Kasih MADANI itu akan diagihkan kepada 4,052 asnaf dan 85 surau di wilayah berkenaan.
Beliau berkata penerima termasuk golongan miskin, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit terlantar yang melibatkan peruntukan sebanyak RM647,800.
"Bagi anak-anak yatim pula, Ketengah menyalurkan sumbangan berjumlah RM243,900 bagi pembelian baju dan pemberian duit raya kepada 813 penerima.
"Selain itu, geran sumbangan sebanyak RM500 diagihkan kepada 85 surau untuk membantu pihak pengurusan menjalankan aktiviti mengimarahkan surau masing-masing," katanya pada Program Ikatan Kasih MADANI Wilayah Ketengah di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini semalam.
Turut hadir Pengurus Besar Ketengah Datuk Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.
Ahmad berkata sumbangan itu ialah hasil daripada keuntungan anak-anak syarikat Ketengah yang dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Masyarakat Ketengah.
Bantuan berkenaan katanya, mula diperkenalkan pada 2006 bertujuan membantu penduduk wilayah Ketengah melibatkan daerah Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.
"Tahun lepas, anak-anak syarikat Ketengah telah menjana pendapatan sebanyak RM55 juta. Kita sasarkan untuk mencapai perolehan sebanyak RM100 juta dalam tempoh tiga tahun lagi.
"Dengan peningkatan keuntungan, kita mampu memberi sumbangan lebih besar kepada penduduk melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial